KONGSI(2011)


Filem Kongsi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff lakonan Fizo Omar terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.
Kumpulan kongsi gelap terdiri daripada pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.
Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.
Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.
ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya? Nantikan filem ini di pawagam nanti. Pada awal 2011.
Produksi: MIG Production Sdn. Bhd.
Pelakon-pelakon filem Kongsi 2011 :  Shaheizy Sam (Tumulak), Fizo Omar (ASP Shariff), Norliana Samsudin (Detektif Maya), Azad Jazmin (Mikail), Putri Mardiana (Yati), Abd Basid (Man Jawa), Shafie Jaafar (Tok Malik), Shahfiez (Radhi), Fida (Maria), Zul Handy Black (Kimpedu), Hairul Azreen (Remy), Sasqia (Sarah), Pooniah (Victor), Chew Kin Wah (Jimmy), Komeng (Rahim), Nizar Jeffrey (Boboy), Alex Yanz (Robert).


Baca selanjutnya: http://ohbayu.com/trailer-dan-sinopsis-filem-kongsi-2011/#ixzz022Ln19d5

You Might Also Like

0 comments

Total Pageviews

AKU

AKU
15 tahun

Followers

Popular Posts