KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan AWAL dan AWI sepasang kembar seiras. AWAL abang dan AWI adik. AWAL normal tetapi AWI sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Tetapi AWI mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luarbiasa dan sering memberi tuisyen kepada MAZLI dan IZAN, anak sekolah yang sering menemaninya. AWAL dan AWI mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka HAJI SABRAN. Pengurusan kedai runcit itu dilakukan oleh mereka berdua: AWAL jadi bos dan AWI jadi pekerja. Kedai runcit AWAL dan AWI mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik PAK DIN DUDA.
Tapi AWAL dan AWI telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai PAK DIN DUDA yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan. PAK DIN DUDA yang sudah tiga kali menduda mempunyai seorang pekerja, MAK YAM. Tetapi MAK YAM tidak dibayar gaji tetap, tetapi dibayar komisyen pada setiap jualan. MAK YAM mendapati komisyennya sangat sedikit. Kedai PAK DIN DUDA tidak dikunjungi ramai pelanggan kerana barang-barangnya yang sedikit dan harganya pula mahal. PAK DIN DUDA melihat AWI yang rajin dan mahu AWI bekerja di kedainya kerana dia sendiri lebih suka berehat dari bekerja. PAK DIN DUDA pujuk AWI dan berjanji akan carikan gadis cantik jadi isteri AWI. Tetapi rahsia PAK DIN DUDA terbongkar bila dia sendiri tak dapat membezakan yang mana AWI dan yang mana AWAL.
Kadang-kadang dia terlepas cakap pada AWAL yang disangkanya AWI. ANI, teman wanita AWAL tidak tahu boy-friendnya mempunyai adik kembar seiras. ANI tergamam bila melihat AWAL yang dikenali sebagai taukeh, bos atau pengurus kedai, tiba-tiba mengangkut tong gas, membawa barang dapur atas motorsikal roda tiga dan memarut kelapa. ANI syak AWAL cuba berselindung dan menipunya. Seorang penagih dadah yang masuk mencuri di rumah AWAL dan AWI juga tergamam dan menjerit bila mendapati AWI yang sedang tidur di dalam bilik berada di warung luar rumah waktu dia mahu melarikan diri. Di waktu yang lain budak yang sama menjerit ketakutan bila AWI yang masuk ke toilet di belakang kedai runcit tiba-tiba mendekatinya dari depan sewaktu dia mencuri makanan ringan di dalam kedai. Sekalipun AWAL dan AWI kembar seiras, tetapi mereka mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. AWAL suka keluar malam bawa girlfriend, ANI makanmakan dan menonton wayang. AWI takutkan gelap dan bila malam terus tidur.
AWAL ada kereta tetapi AWI lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse. AWI pula jika memandu kereta dalam gear reverse sahaja. AWI diperkenalkan kepada ANI oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan ANI. AWAL jadi serba salah. AWAL memujuk ANI supaya berkahwin dengan AWI. ANI merajuk dan lama mereka tidak berjumpa. Suatu hari AWAL melihat ‘ANI’ yang bertudung masuk ke kedainya membeli barang tetapi langsung tidak menegurnya. AWAL mengikuti ‘ANI’ yang menaiki skuter. AWI juga ikut. AWAL terkejut melihat bapa ‘ANI’ yang berbeza warna kulit. AWAL menemui bapa ‘ANI’, MOHAMAD RAFI dan dapat cerita sebenarnya. ‘ANI’ adalah ANA dan kembar ANI. Gadis dua beradik itu kematian ibubapa dan dipelihara oleh dua keluarga berbeza. Kedua-duanya tinggal dengan bapa tunggal bila ibu mereka meninggal dunia.
Bapa ANI, PAK WAN dan bapa ANA, MOHAMAD RAFI yang mengenali HAJI SABRAN bapa AWAL dan AWI. Katanya dia masuk jawi dengan HAJI SABRAN selepas memeluk Islam bersama isterinya. MOHAMAD RAFI juga kawan baik PAK WAN, dan pernah bekerja dengan majikan yang sama, bapa dan ibu sebenar ANI dan ANI. Mereka sudah lama tak berjumpa. AWAL beritahu bahawa ANI adalah tunangannya. AWAL mengatur pertemuan antara dua sahabat lama dan gadis kembar ANI dan ANA. Cerita berakhir dengan satu majlis persandingan tiga pasang pengantin: AWAL dan ANI, AWI dan ANA serta MOHAMAD RAFI dan MAK YAM. Antara tetamu yang terkulat-kulat melihat ketiga pasangan itu bersanding ialah PAK WAN dan PAK DIN DUDA. BUDAK PENCURI juga terkedu dan terjekil biji mata melihat dua pasangan kembar di atas pelamin.
KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan AWAL dan AWI sepasang kembar seiras. AWAL abang dan AWI adik. AWAL normal tetapi AWI sedikit te...
Rama, penyelia company penghantaran & penyewaan kenderaan mencari driver yang sanggup menghantar sebuah keranda ke luar kota dengan cepat. Rama berhasil mendapatkan khidmat Ah Meng dan Bakri. Mereka perlu sampai ke destinasi keesokan pagi. Semasa dalam perjalanan, radio telah mati. Untuk menghilangkan kebosanan dan mengantuk, mereka bercerita kisah seram yang pernah mereka dengar.
HANTU POKOK PISANG diceritakan oleh Bakri. Ia berlaku di sebuah kampung ulu. Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri, Noraini yang merupakan kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap playboy. Zam cuba memutuskan perhubungan mereka. Setelah mendengar cerita tentang hantu pokok pisang daripada seorang dukun, Zam cuba untuk melihatnya melalui cara yang diperkatakan oleh dukun tersebut. Ternyata benar, hantu pokok pisang memang wujud! Zam membawa Farid untuk bertemu ‘kekasihnya’, iaitu hantu pokok pisang.
Setelah melalui pengalaman bersama ‘gadis’ tersebut, Farid jadi ketagih. Inilah masanya untuk Zam membuktikan pada Noraini siapa Farid sebenarnya. Zam bawa Noraini ke rumahnya supaya Noraini boleh melihat sendiri kecurangan Farid. Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila Noraini memotong kain merah yang menghubungkan pokok pisang dan katil Zam… KISAH SERAM 4D Cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati. Mereka berempat sepakat untuk mencuba nasib pula. Mereka mengunjungi kubur yang dikatakan hantunya sangat hebat, iaitu seorang perempuan yang berpakaian cheong sam. Tetapi lain pula yang terjadi… Seorang demi seorang akhirnya mati setelah diganggu oleh hantu cheong sam tersebut. TANDAS ASRAMA BERHANTU Kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya.
Yakob kemudian mendapati mereka semua takut untuk ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada Yakob, itu semua tidak masuk akal. Suatu malam Yakob sakit perut dan terpaksa ke tandas. Amin dan Johan menemankan Yakob. Malangnya, mereka benar-benar berhadapan dengan hantu-hantu Jepun. VAN Cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, mereka pula dikacau hantu pakcik tua yang mahu melarikan van mereka. Ah Meng dan Bakri terpaksa mengejar van tersebut untuk mendapatkan semula keranda yang ada di dalamnya. Dapatkah mereka mencari semula van tersebut? Siapa pakcik tua yang di dalam van tersebut? ‘Sini Ada Hantu’ bakal menemukan jawapannya.
PELAKON
lvin Wong, Baki Zainal, Rama, Fasha Sandha, Mandy Chen, Goh Sin Ping, Mano Maniam, Sufian Mohamed, Beto Kusyairy, Eira Syazira, Kuswadinata, Zaki Zabidi, Pete Teo, Chen Puie Heng, Chen Puie Kong, Wong Chee Hong, Patrick Teoh, Mohd Qhaud Abd Rashid, Taiyuddin Bakar, Chommat Samad, Amerul Affendi, Kazaruddin Saisi, Zuraini Kassim
Rama, penyelia company penghantaran & penyewaan kenderaan mencari driver yang sanggup menghantar sebuah keranda ke luar kota dengan cep...
Filem Kongsi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff lakonan Fizo Omar terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.
Kumpulan kongsi gelap terdiri daripada pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.
Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.
Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.
ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya? Nantikan filem ini di pawagam nanti. Pada awal 2011.
Produksi: MIG Production Sdn. Bhd.
Pelakon-pelakon filem Kongsi 2011 : Shaheizy Sam (Tumulak), Fizo Omar (ASP Shariff), Norliana Samsudin (Detektif Maya), Azad Jazmin (Mikail), Putri Mardiana (Yati), Abd Basid (Man Jawa), Shafie Jaafar (Tok Malik), Shahfiez (Radhi), Fida (Maria), Zul Handy Black (Kimpedu), Hairul Azreen (Remy), Sasqia (Sarah), Pooniah (Victor), Chew Kin Wah (Jimmy), Komeng (Rahim), Nizar Jeffrey (Boboy), Alex Yanz (Robert).
Baca selanjutnya: http://ohbayu.com/trailer-dan-sinopsis-filem-kongsi-2011/#ixzz022Ln19d5
Filem Kongsi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff lakonan Fizo Omar terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpu...
Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan tradisional seperti yang dapat dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sulalat al - Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar dan pelbagai hasil penulisan sejarah tradisional Melayu yang lain.
Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.
Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur tempatan, unsur Hindu dan Islam dan ternyata cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, seorang pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu kerana memulakan ceritanya dengan mengemukaka asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir (semasa penyalinan terakhir dilaksanakan), kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian dan kacamata masyarakat sezaman.
Walaupun tidak semua hasil penulisan sejarah tradisional ditulis berdasarkan ciri-ciri penulisan sejarah tetapi hanya sebahagian daripada ciri-ciri tersebut, Hikayat Merong Mahawangsa tertulis dengan berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan konsep sejarah masyarakat zaman silam.
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China. Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.
Pengarang tidak menyebut langsung perkaitan antara negeri Kedah dengan negeri Perak dan Patani tetapi menggambarkan wujudnya pertalian yang erat antara negeri Kedah dengan negeri Siam. Pengarang menceritakan bagaimana bermulanya tradisi penghantaran bunga emas dan bunga perak oleh negeri Kedah kepada Siam bila Raja Seri Mahawangsa (Raja Kedah yang ketiga) mendapat berita kekanda sulungnya Raja Siam mendapat putera. Terus raja Kedah memerintahkan supaya tradisi menghantar bunga emas itu diteruskan hingga ke akhir zaman setiap kali mendapat putera.Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah puteranya, Raja Seri Maha Inderawangsa menentang perintahnya dan berkahwin dengan puteri bangsa gergasi. Perkahwinan inilah yang melahirkan Raja Bersiung, raja yang paling terkenal dalam hikayat ini. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih terkenal sebagai Raja Bersiung menjadi seorang Raja yang zalim terhadap rakyatnya sendiri dan tersingkir dari takhta. Baginda diganti oleh puteranya yang bergelar Raja Phra Ong Mahaputisat yang digantikan pula oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa.
Dalam zaman pemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsalah, negeri Kedah menerima Islam yang dibawa oleh Syeikh Abdullah. Baginda merupakan raja Kedah pertama memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Mudzaffar (sic Muzaffar) Syah. Setelah selesai meletakkan asas keislaman di negeri itu, Syeikh Abdullah pulang ke Baghdad. Sultan Mudzalfal Syah diganti oleh puteranya bergelar Sultan Mu'azzam Syah. Hikayat diakhiri dengan jurai keturunan raja-raja yang memerintah Kedah hingga ke Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, raja yang memerintah semasa hikayat ini disalin kali terakhir.
Jelas kelihatan bahawa hikayat ini dikarang selepas ketibaan Islam dan pengarang banyak memberi perhatian kepada peristiwa-peristiwa tertentu yang menyerlahkan asal-usul rajanya, pertalian dengan Siam yang menceritakan mengikut kebijaksanaan pengarang untuk menjaga kedaulatan raja dan negerinya, kisah kedatangan Islam yang sengaja dikemukakan berbeza dengan kedatangan Islam ke Pasai dalam Hikayat Raja Pasai dan kedatangan Islam ke Melaka dalam Sulalat al Salatin (Sejarah Melayu) dan lain-lain peristiwa. Ini membuktikan bahawa hikayat ini dikarang secara sedar oleh pengarangnya dengan tujuan mengagungkan kedaulatan raja dan negerinya.
Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan p...
bez gler lagu nie
bsan gler time nie
mcm nk mti jek
mcm nk mti jek
bsan gler time nie mcm nk mti jek
Total Pageviews
AKU
15 tahun





